Saturday, October 30, 2010

Mb selangor pecah tanah bukit botak kali kedua.

Penduduk dikejutkan lagi apabila satu kain rentang dipaparkan di setiap sudu jalam masuk selayang baru yang menyatakan satu majlis pecah tanah akan dibuat oleh menteri besar selangor pada 30/10/10 pada mulanya ,kemudian ditukatkan pada tarikh 1/11/10 pada hari isnin.
penduduk berasa hairan kenapa boleh bertukar tarikh dan pada pendapat mereka, pertama kali mereka lihat majlis penting saperti ini boleh berlaku pertukaran tarikh saolah olah majlis mainan orang politik.kajian yang tidak rasmi katanya ada majlis lagi penting telah bertembung diShah alam, mungkin juga disebabkan ramai penduduk telah buat repot polis kerana pencerobohan telah dan akan berlaku dikawasan tapak project penempatan semula setinggan yang dinamakan taman selayang mutiara.
Penduduk juga hairan kenapa ada majlis pecah tanah kali kedua sedangkan majlis saperti itu telah pun di sempurnakan oleh MB selangor 2001.
Penduduk juga tidak berpuas hati apabila satu papan kenyataan yang menyatakan tapak tanah telah menjadi milik PKNS.Mereka sudah menjadi bimbang dan marah dan melaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,penindasan hak asasi manusia telah berlaku saperti perkara 13 perlembagaan persekutuan kerana menidakkan hak mereka(geran tanah yang diberikan oleh kerajaan selangor pada 2004-2005)
Difahamkan satu saman sedang diusahakan untuk memprotes apa yang kerajaan negeri lakukan kepada rakyatnya.
Tujuan utama ialah untuk menunutut keadilan yang saksama diantara penduduk dan kerajaan, disebabkan memberhentikan project ini oleh arahan MB.
Tuntutan ini sapertimana perjanjian yang telah dibuat diantara contractor yang dilantik oleh kerajaan,Perkara tangung jawab yang mesti ditunaikan, saperti menyiapkan rumah yang akan dibena,memberikan kepada penduduk rumah kediaman yang sempurna sementara rumah yang dibena siap, jika tidak dapat menyediakan contractor mestilah memberikan RM 3oo.00 sabulan, untuk penduduk menyewa sendiri(kini telah di hentikan)Tuntutan juga kepada bekas penduduk yang dipindahkan di ppr intan baiduri yang mana contractor dan kerajaan negeri telah meninggalkan tunggakan hutang sewa rumah yang penduduk terpaksa menanggungnya.
difaham juga ada bebrapa perkarlagi yang akan dituntut kepada kerajaan negeri kerana memberhentikan project yang sedang beroperasi di berhentikan.

Monday, October 18, 2010

penduduk setinggan bukit botak nekad saman kerajaan selangor

Bekas penduduk stinggan bukit botak yang tidak puas hatidengan pelaksanaan projek penempatan samula setinggan bukitr botak telah bertindak menyaman kerajaan selangor saperti mana kenyataan sinar harian terbitan 15 oktober 2010 hari jumaaat,oleh azimah Gazali Skuad cakna.
Ia bertindak berlandaskan tuntutan kepentingan nilai kemanusiaan kepada penduduk yang terlibat.
Janji janji PKNS yang bertulis telah tidak di kotakan kerana arahan pemberhentian oleh MB selangor,
kaedah telah diubah tanpa persetujuan penduduk, saperti pengambilan tanah yang tidak dipersetujui,
Tampa surat perjanjian untuk membina rumah yang berlainan plant asal.
harga rumah yang dinaikan tampa persetujuan,
Pengambilan project dari delpuri yang konononya gagal tanpa perjanjian dengan penduduk.
Memberhentikan bantuan sewa rumah Rm 300.00 kerana gagal menyediakan rumah transit sementara rumah siap.
KIni Projeck dibiarkan tampa berita.

Thursday, July 8, 2010

Setinggan bukit botak,

Selayang-08Jul2010.
Satu lagi peristiwa pahit yang tidak boleh diterima oleh bekas penduduk setinggan bukit botak.Penduduk yang telah bersetuju untuk penyerahan geran tanah dalam racangan pengistiharaan oleh Mb mewartakan mengambil balik geran tapak rumah yang telah di buat pada bulan 12 2009,kini mengalami trauma pampasan tidak dibayar pada individu sebaliknya dimasukan pada kos pembinaan dan tidak termasuk pada harga rumah RM99,000.00.

Bekas penduduk sudah mulai sedar bahawa satu penipuan telah berlaku, meraka tidak pernah medengar dan melihat tulisan yang bagitu rupa pada masa majlis aku janji penyerahan. Apayang mereka dengar dari pegawai pegawai pejabat tanah yang terlibat, pampasan akan dibayar terus pada pemilik tanah tiga bulan dari tarikh penyerahan. mereka mereka yang tidak berpuas hati bolehlah membuat bantahan satelah pampasan dibyar 6 minggu dari penyrahan pampasan.kini sudah lebih tiga bulan.

Mengikut kiraan penduduk yang tidak rasmi kini harga rumah sudah meningkat lagi, dulu RM 42,000.00 ,RM 68,000.00 Dan Rm 78,000.00 Ada tiga model rumah. kini hanya ada satu model sahaja RM 99,000.00 menjadi RM 111,300.00,(kiraan ini hanya penduduk yang ada geran keluasan tanah 205 meter dengan pamapasan 12,300.00).Pada penduduk yang keluasan tanah mereka lebih, bermakna harga rumah akan bertambah lagi kalau semua pampasan ini dimasukan kedalam kos pembinaan.penduduk yang miskin bertambah susah dan pemaju tanah bertambah kaya dan senang kerana kos pembinaan penduduk bayar,premium tanah penduduk bayar, batu senmpadan penduduk bayar dan kubur pun penduduk dah bayar juga cukai tanah pun penduduk dah bayar.Kemudian penduduk beli dengan harga yang mahal.Kaedah ini kaeadah orang apa......Jika ia diteruskan ia akan membunuh sosial kemaknusiaan penduduk yang susah akan terus susah kerana tidak dibela hajatnya untuk tinggal dikawasan ini.

Penduduk berharap program penemptan samula ini diteruskan saperti kaedah yang sudah dipersetujui oleh kedua dua pihak penduduk, kontractor dan kerajaan selangor yang sudah pun ditanda tangani oleh penduduk dan kontractor yang dahulu.Penduduk sudah mengikut apa sahaja arahan pejabat tanah, untuk mengososngkan tapak project dengan senang hati demi untuk menjayakan program setinggan sifar, program ini sudah berjaya di jalankan cuma lambat di siapkan pada jadual kerana kontractor asal yang bermasaalah ,oleh sebab ini sudah menjadi tangung jawap kerajaan maka PKNS disuruh mengambil alih untuk selesaikan program ini segera.
Pada awal pengambil aihan program ini penduduk sudah berasa lega apabila pihak PKNS sudah berjanji akan memperuntukan RM 142 juta uuntuk selesaikan progrem ini.
penduduk melalui kehidupan yang sangat getir apabila program ini diarahkan berhenti oleh MB selangor,kerana MB juga memberhentikan tangung jawab kontractor dan kerajaan saperti sabsidi rumah sewa RM 300.00 kerana gagal menyediakan rumah transit saperti yang di janjikan,Rumah transit di PPR intan baiduri juga di hentikan bayaran sewanya, penduduk terpaksa membayar tongggakan yang banyak.

apa apa pun progrem penempatan samula setinngan bukit botak ini gagal kerana MB.
Sebab MB yang mengarahkan PKNS memberhentikannya,

Thursday, January 28, 2010

penempetan semula setinggan bukit botak.

Bekas penduduk setinggan kini dalam dailema lagi apabila MB selangor hendak mengambil tanah samula. Baru baru ini ada usaha mengambil geran geran yang sudah diberikan dahulu oleh Kerajaan BN, saya tidak pasti berapakah geran geran yang sudah diambil, tetapi warta dalam laman blog kerajaan sudah mewartakan pengambilan tanah seluas 55.8 hekta.
Dari cerita kawan kawan yang sudah ditemu duga, pihak kerajaan akan memberikan pampasan sebanyak RM 12,000.00 jika mengembalikan geran tersebut,dan jika tidak bersetuju dengan pampasan itu penduduk bolehlah membantah dimahkamah dan perlulah membayar RM 3,000.00 untuk bayaran mahkamah.
Ada satu lagi kawan yang agak agresive mulutnya pihak temu duga pula menyarankan agar teruskan project penempatan semula mengikut kaedah yang sedia ada,
Dailema menjadi jadi Notes bayaran cukai tanah dihantar kealamat bekas penduduk tapi warta pemgambilan tanah dicanang, surat rasmi kerajaan pengistiharan tidak diberikan, surat jemputan temu duga pun tiada diberi, Inikah yang dikatakan pentadbiran yang profestional dan telus yang dibawa oleh MB Selangor,
Saya ada terbaca Notis Di PPR intan Baiduri, Menjemput Bekas penduduk setinggan bukit botak datang ke dewan sri siantan Pada 1Feb.2010, MB selangor akan datang untuk memberikan taklimatnya mengenai setinggan bukit botak. Jom Ramai kita dengar apa yang nak dikatakan.
Menjadi perkara yang pelik. keputusan MB mengambil balik tanah setinggan bukit botak dibuat tidak lansung meminta persetujuan dari pemilik geran tanah melalui demokrasi sapertimana yang dilaung laungkan oleh pemimpin PR. Tidak ada perjanjian yang khusus yang membolehkan pemegang geran ini di bela nasib hidup dan haknya. APA kAH ini yang dikatakan kerajaan berkebajikan.
Banyak sudah bantahan dari penduduk cara MB mentadbir yang membuat penduduk jadi tidak menentu ,marah, separuh gila pun ada cara yang berselindung MB selangor akan menjadikan raayat akan hilang kepercayaan.
Saya percaya kalau ai beterusan raayat selangor akan berikan satu pengajaran pada PR.
Kalau benar nak selesaikan penempatan setinggan biar benar telus dan ikhlas, tidak saperti pepatah melayu "sambil menyelam minum ayer"atau hangat hangat tahi ayam atau nak cuba cuba jolok sarang tabuan.
Jangan persalahkan orang lain tetapi teruskan usaha penyelesaian yang beadap tinggi.

Thursday, January 7, 2010

penempatan samula setinggan bukit botak.

Asalamualaikum Saudara pembaca,
saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan pembaca ,
1998 bermula nya sejarah bukit botak ketika itu umur saya 20 tahun, disebabkan kesempitan hidup di pinggiran kota sya terpaksa mencari tempat yang boleh membantu hidup yang penuh cabaran dengan pedapatan yang ketika itu upah keja harian Rm 4.50 sehari maka saya terpaksalah mereroka bukit botak diberikan nama Kg Lembah Mutiara, ketika itu belum ramai yang tinggal 10 atau 15 rumah sahaja jalan masuk hanya lorong puyuh.

Sumber air mudah kerana ada aliran air terjun di hujung airnya cukup bersih dan selamat untuk diminum dan mandi manda. Lama kelamaan penduduk bertambah menyebabkan air tidak lagi selamat untuk kegunaan Harian, Lama juga lah guna air itu, dari saya bujang hinggalah sya mendapat anak pertama.

Jawatan kuasa penduduk dibentuk untuk menjaga kebajikan dan apa juga cabaran yang datang dari mana pihak baik dari penguasa tempatan , sahinggalah tertubuhnya UMNO. kesatuan kebangsaan melayu bersatu, Kekuatan silaturahim dikalangan penduduk bagitu kuat hinggakan cawangan lain mula bagitu menghormati kami, lebih lebih lagi jawatan kuasa bahagian UMNO selayang, sagingga cawangan kami menjadi undi penentu kejaayaan dalam pemilihan AJK bahagian atau pun pilihan raya. penduduk bertambah dari tahun ketahun maka ramailah diantara penduduk yang ingin menjadi ketua, maka tertubuhlah 9 cawangan UMNO dan kampong jumlah rumah yang dibena 1689 rumah.

perjuangan kami ialah ingin memiliki rumah sendiri yang lebih sempurna ditempat yang sama.kami ingin padamkan nama setinggan dtempat kami di peta pejabat tanah GOmbak, kami berusaha bersunguh sahingga lah 1999 proses untuk memilikan grand tanah dilot lot yang diluluskan kerajaan negeri selangor, dengan rumah dirikan ditapak tersebut. perjajian telah dibuat dengan pihak kontractor yang dilantik oleh kerajaan selangor, Delpuri Copration S.B.
proses ini bukan mudah yang disangka ada yang suka ada yang menentang ada yang buat bodoh.
caranya mudah, langkah pertama bancian penduduk, langkah kedua pihak kerajaan tempatan berikan surat tawaran dan surat komitmen dan perlu membayar Rm 1000.00 tanda persetujuan tawaran, langkah ketiga proses permohonan grand yang mana undian plot di lakukan sekali dan tunggu proses kelulusan kerajaan ada sahingga lebih setahun, gran diluluskan pada tahun 2005 berperingkat peringkat bergantung kepada permohonan penduduk. Ada penduduk yang tidak komet ,walaupun penerangan telah dibuat berkali kali, sedangkan tawaran punyai tarikh tamat dan pihak berkuasa tempatan telah berikan kelongaran hampir 3 tahun tapi mereka tidak mengindahkan tak silap kira lebih kurang 136 orang yang tersingkir namanya,mungkin kesempatan ini telah digunakan olih orang tertentu untuk memohonnya,Persoalan nya siapakah yang melakukan kesilapan sahingga nama mereka ini tidak tersenarai.

Proses ini berterusan sahinggalah berbagai masaalah timbul oleh pihak kontractor dan kerajaan tempatan juga masaalah penduduk, Kerajaan tempatan dan kontractor selalu di tegur dan didesak olih jksbb untuk percepatkan project ini, sahinggalah PKNS telah diarah untuk organais atau ambil alih tugas dari DELPURI, Baru nak bermula ada satu kumpulan telah membawa kes tidak puas hati ini( orang yang tidak ada grand dan yang ada grand) kemahkamah, KIV project. tertangguhlah 18 bulan.(2007).

Ini nasib penduduk bukit botak,pilihan raya 2008 barisan nasional telah kecundang ,negeri selangor telah beralih kerajaan Pakatan Rakyat. KINI PKNS diGengaman pakatan raayat, kuasa untuk meneruskan tugas ini telah diambil oleh MB. Bulan 10 2008 project ini telah di hentikan oleh pkns atas arahan yang berkuasa. Disini saya tidak bersetuju kalau nak salah kerajaan barisan nasional konon nya gagal, pada saya project ini tidak gagal kalau pkns tidak diarahkan untuk memberhentikan oleh pihak berkuasa.
Kini kerajaan pakatan telah memaksa penduduk untuk menyerahkan grand tanah kembali, apakah ini adil? disebabkan 136 0rang yang tidak tersenarai disebabkan keenganannya untuk bayar kometmet ,yang jadi mangsa 1300 orng yang punyai grand di paksa untuk korban grand dan tanah mereka diambil balek hukum apa ini?, demokrasikah ,sosialiskah kominiskah atau repablikan????.