Thursday, July 8, 2010

Setinggan bukit botak,

Selayang-08Jul2010.
Satu lagi peristiwa pahit yang tidak boleh diterima oleh bekas penduduk setinggan bukit botak.Penduduk yang telah bersetuju untuk penyerahan geran tanah dalam racangan pengistiharaan oleh Mb mewartakan mengambil balik geran tapak rumah yang telah di buat pada bulan 12 2009,kini mengalami trauma pampasan tidak dibayar pada individu sebaliknya dimasukan pada kos pembinaan dan tidak termasuk pada harga rumah RM99,000.00.

Bekas penduduk sudah mulai sedar bahawa satu penipuan telah berlaku, meraka tidak pernah medengar dan melihat tulisan yang bagitu rupa pada masa majlis aku janji penyerahan. Apayang mereka dengar dari pegawai pegawai pejabat tanah yang terlibat, pampasan akan dibayar terus pada pemilik tanah tiga bulan dari tarikh penyerahan. mereka mereka yang tidak berpuas hati bolehlah membuat bantahan satelah pampasan dibyar 6 minggu dari penyrahan pampasan.kini sudah lebih tiga bulan.

Mengikut kiraan penduduk yang tidak rasmi kini harga rumah sudah meningkat lagi, dulu RM 42,000.00 ,RM 68,000.00 Dan Rm 78,000.00 Ada tiga model rumah. kini hanya ada satu model sahaja RM 99,000.00 menjadi RM 111,300.00,(kiraan ini hanya penduduk yang ada geran keluasan tanah 205 meter dengan pamapasan 12,300.00).Pada penduduk yang keluasan tanah mereka lebih, bermakna harga rumah akan bertambah lagi kalau semua pampasan ini dimasukan kedalam kos pembinaan.penduduk yang miskin bertambah susah dan pemaju tanah bertambah kaya dan senang kerana kos pembinaan penduduk bayar,premium tanah penduduk bayar, batu senmpadan penduduk bayar dan kubur pun penduduk dah bayar juga cukai tanah pun penduduk dah bayar.Kemudian penduduk beli dengan harga yang mahal.Kaedah ini kaeadah orang apa......Jika ia diteruskan ia akan membunuh sosial kemaknusiaan penduduk yang susah akan terus susah kerana tidak dibela hajatnya untuk tinggal dikawasan ini.

Penduduk berharap program penemptan samula ini diteruskan saperti kaedah yang sudah dipersetujui oleh kedua dua pihak penduduk, kontractor dan kerajaan selangor yang sudah pun ditanda tangani oleh penduduk dan kontractor yang dahulu.Penduduk sudah mengikut apa sahaja arahan pejabat tanah, untuk mengososngkan tapak project dengan senang hati demi untuk menjayakan program setinggan sifar, program ini sudah berjaya di jalankan cuma lambat di siapkan pada jadual kerana kontractor asal yang bermasaalah ,oleh sebab ini sudah menjadi tangung jawap kerajaan maka PKNS disuruh mengambil alih untuk selesaikan program ini segera.
Pada awal pengambil aihan program ini penduduk sudah berasa lega apabila pihak PKNS sudah berjanji akan memperuntukan RM 142 juta uuntuk selesaikan progrem ini.
penduduk melalui kehidupan yang sangat getir apabila program ini diarahkan berhenti oleh MB selangor,kerana MB juga memberhentikan tangung jawab kontractor dan kerajaan saperti sabsidi rumah sewa RM 300.00 kerana gagal menyediakan rumah transit saperti yang di janjikan,Rumah transit di PPR intan baiduri juga di hentikan bayaran sewanya, penduduk terpaksa membayar tongggakan yang banyak.

apa apa pun progrem penempatan samula setinngan bukit botak ini gagal kerana MB.
Sebab MB yang mengarahkan PKNS memberhentikannya,

No comments:

Post a Comment